Saturday 11 June 2011

spM is ar0uNd tHe c0rNer !!

       Pejam  celik , pejam celik , aq dah form 5 tahun nie...rasa macam baru semalam aq abez primary school . Rindunya membe-membe lama . Dulu...aq study biasa-biasa jew . Time result uPSr kuar pown aq tak sangka dapat 4A1B . Wah ! syukur . Actually , aq nie dulu head prefect tau , tapi jahanam la skola ue . Dah aq ketua nyer . Memang glew . Tapi cemerlang gak la year 2006 Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 . HAHA ! Aq pown confuse camne aq leyh jadi pengawas . Tapi best gak dapat jawatan ue . Aq rase aq tak pernah kowt wat duty pengawas tu . Aq pown tak paham ape sebenarnye tugas pengawas tu . Hurm ~ . Since aq msok skola menengah , baru aq tau ape duty pengawas tu sebenarnye . Berat jugak jadi pengawas nie and i hate that green people . HAHA !!
       And now , aq study kat Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor . Terletak kat atas bukit mahkota . Cikgu aq yang bagitau name ue . Aq pon tak tau btol ke tak . HAHA ! Dari luar pagar , nampak cam kecik tapi sebenarnya amat luas . Since aq msok skola ue , aq leyh nmpk lah prubahan bentuk badan membe-membe aq yang agak-agak sihat lah kan . Memg different abez ngan pic kat i/c . HEHE ! Msok jew skola ue , trus brkurang size diorang . Hurm~ . Boleh jadi tempat excercise kat skola aq rupe nyer . Bgos la kan . Sape yang nak kecikkan cket badan diorang . Boleh la datang skola aq nie . Gerenti , dalam mase 3 bulan anda akan jd kurus macam Mimi Monira atau lebih dikenali sebagai Mimi Monira Badak Air . Haa~  Sape Mimi Monira tu ? Haa~ korang kene la bace novel Impiana sampai abez . Nanti korang tau la sape Mimi Monira tu . Dia jahat ke ? Dia baik ke ? em . So , pergi la usha novel Impiana la yer . 
       spM is around the corner wokk !! Cuak gak blew membe-membe kat skola asyik ulang-ulang word ue . Dah makin hampir skang mkin kerap la diorang sebut-sebut . Skang dah bulan 6 pastu bulan 7 . Lagi bape bulan , dah trial exam . Rase macam ciput je ilmu nak face spM nie . " Gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya " . 
       Fuhh~ " tak sabar nye nak abez skola" . Ayat student-student form 5 yang selalu kita dengar . Sebenarnya . Form 5 la year yang paling best . Pas ni dah tak jumpe zaman ni . Masing-masing ngan hidup masing-masing . HEHE . Ape yang aq mrepek nie . So , kepada membe-membe aq yang bakal menduduki peperiksaan besar pada tahun nie . Boleh la prepare daripada skang . Jangan dah last minute baru nak sibuk wat preparation . Time tu memang jahanam la result korang . 
       Jadi , nak tau apa nasib aku , korang , diorang pas abez skola nanti .  Kita same-same la tunggu yer . For all , aq mohon maaf la kalau aq dew salah cakap ke , kutuk korang ke , dengki korang ke , say for sorry banyak-banyak . Kadang-kadang kita tak pasan if kita ade singgung prasaan sesape even dia membe baik kita skali pon , kita tak tau . Maybe dia maafkan and maybe not . So , ringan-ringan la maafkan orang . Sedangkan nabi memaafkan umat (berdakwah jap) . HAHA !! 
       Anyway , don't judge the book by its cover . Remember that . Hope we meet again . Bless to you all my frenz . Miss you . Salam ~

esOk aLik skOla...adUhAi ~

    Salam....kepada sume kawan yang mengenali diri ini...mintak maap banyak-banyak...dah lame tak renew post...em...esok aku terpakse alek asrama...pekse pon dah nak dekat nie..spM wo..sape tak takot...haha...kepada sesape yang mengikuti Project Location tu...jangan risau...ade sambungannye...aku mintak maap sangat-sangat tak dapat abez kan cuti nie...coz aku nie yo'o bz kan diri....hehe....just wait n see the ending of the story...and aku appreciate kat sume readers yg bace story ue...even aku nie sebenarnya bukan novelis...tapi leyh la aku berimaginasi masuk dalam stowy Project Location ue...hehe...to all my followers...wait for the continue......

Wednesday 8 June 2011

Bab 7 - Project Location

       Jeff mengekori bayangan Dafi sehingga bersebelahan Rumah Kaca . Keadaan agak gelap dan sunyi membuatkan Jeff meremang satu badan . Jeff melepaskan keluhan berat yang terbuku di dada . Kalau ikutkan hati ,hendak sahaja dia mengajak rakan-rakannya pergi dari tempat ini .
     " Mana Dafi ni . Tadi ada , " Jeff merungut sendirian . Dia mengeluarkan sebatang rokok lalu menghisapnya . Asap dihembus ke udara . Selepas beberapa sedutan . Jeff mematikan rokoknya lalu dicampakkan ke tanah . Pada saat Jeff mencampakkan rokoknya ke tanah . Dia terperasan ada sesuatu di bawah pokok berhampiran tempat dia berdiri . Jeff menyuluh ke bawah pokok tersebut . Kelihatan seperti rangka tulang . ' Tulang haiwan la ni . ' Jeff cuba menyedapkan hati daripada memikirkan yang sebaliknya . Pada awalnya , Jeff menyangka bahawa rangka itu berasal daripada bangkai yang telah mati . Apabila Jeff  menyuluh sekitar kawasan tersebut . Terdapat banyak rangka berselerakan di situ . Jeff bangun dan terus beredar dari tempat itu dengan segera .
       Lan dan Zack ternampak kelibat Jeff sedang berlari ke arah mereka . Mereka berdua segera mendapatkan Jeff . Jeff sedang tercungap-cungap kerana kekurangan oksigen . Lan menyuluh ke arah Rumah Kaca .
     " Kenapa Jeff ... kau nampak hantu ke ? , " Zack ketawa kecil . Lan memandang tajam ke arah Zack . Jeff cuba mengawal nafas sebelum memulakan bicara .
     " Bukan ... aku jumpa banyak tulang berselerak kat bawah pokok sana , " Jaee menunjukkan ke arah Rumah Kaca . Lan dan Zack tersentak mendengar kata-kata Jeff . Mereka berdua saling berpandangan .
     " Betul ke Jeff . Aku dah agak . Orang dalam rumah ni mesti mati kena bunuh ! , " Zack melepaskan amarahnya . Dia sangat marah apabila ada masyarakat yang sanggup berbunuhan untuk kepentingan diri sendiri .
     " Sabar Zack ... kita tengok dulu rangka-rangka tu , " Lan cuba menenangkan Zack . Lan menyuruh Jeff menunjukkan tapak rangka yang ditemui . Zack mengekori Lan dan Jeff daripada belakang .Kedudukan pokok tersebut betul-betul berada di sebelah Rumah Kaca . Ruang Rumah Kaca bersambung dengan rumah agam tersebut . Bunyi cengkerik menggamatkan suasana malam .
     " Berdasarkan bilangan tulang yang kita dapat lihat . Menunjukkan ramai yang mati kat sini dulu . Mungkin ada banyak lagi rangka yang belum kita jumpa , " Lan memandang Zack dan Jeff .
     " Jeff ... Dafi mana ? . Bukan tadi dia dengan kau ke ? , " Zack merenung ke arah Jeff . Jeff menggaru kepalanya yang tidak gatal . Lan berdiri di sebelah Jeff .
     " Sebenarnya ... aku pun tengah cari dia . Dia hilang selepas aku check room kat sebelah ruang tamu tu . Bila aku keluar daripada bilik . Aku tengok pintu utama terbuka luas . That's why aku cari dia kat luar ni , " Jeff menerangkan situasinya kepada Zack dan Lan .
     " So ... apa kau buat kat kawasan Rumah Kaca ni ? , " Zack mula curiga kepada Jeff . Lan hanya mendiamkan diri .
     " Aku nampak dia pergi sini tadi . Bila aku sampai , Tiada siapa pun kat sini , " Jeff mempertahankan dirinya daripada dipandang serong oleh rakan-rakannya .
     " Dah la ... jom kita pergi dari kawasan ni . Kita cari kat tempat lain , " Lan mengajak Zack dan Jeff beredar dari situ . Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan .

Bab 6 - Project Location

       Zack memerhatikan susun atur alatan solek da atas meja . Semuanya berjenama dan kelihatan seperti jarang-jarang digunakan . Di sebelah meja terdapat sebuah rak buku yang besar . Terdapat pelbagai jenis buku disusun setiap rak . Zack mengambil sebuah buku daripada rak . Sekeping gambar jatuh ke lantai . Zack mengambil gambar tersebut . Gambar tersebut kurang jelas , mungkin sudah lama ditinggalkan di situ . Zack membersihkan gambar tersebut dengan tangan . Kelihatan seperti gambar keluarga .
     " Siapa tu ? , " Zack menoleh ke belakang dengan pantas .
     " Dafi ! Kau ke tu . Jeff ! , " Zack memandang sekeliling .
       Zack memerhatikan keadaan bilik . Tiada apa-apa perubahan yang berlaku . Hanya bunyi cengkerik yang kuat dari arah luar rumah . Tiba-tiba kedengaran sesuatu bunyi datang dari arah tandas . Zack tersentak . Dia memberanikan diri melihat apa sebenarnya yang berlaku . Jarak antara Zack berdiri dengan tandas tidak jauh . Zack menyuluh ke arah tandas sambil berjalan  . Lan memasuki bilik utama sambil memegang sebuah diari .
     " Zack . Aku jumpa sesuatu . Diari anak perempuan tuan rumah ni , " Lan menunjukkan Zack diari yang dimaksudkan .
       Zack melupakan hasrat untuk memasuki tandas sebaliknya menghampiri Lan . Lan meletakkan kamera video di atas katil . Zack mengambil diari tersebut dari tangan Lan . Zack membelek-belek diari tersebut . Selepas itu , dia menyerahkan kembali diari tersebut . Zack menyerahkan gambar yang ditemui di atas rak tadi kepada Lan .
       " Aku rasa ni gambar keluarga dalam rumah ni dulu . Ada empat beranak yang tinggal kat sini . Sepasang suami isteri , dan dua orang anak . Aku rasa ada something la dengan rumah ni , " Zack bergerak ke arah meja solek .
     " Kenapa kau cakap macam tu Zack , " Lan mengekori Zack .
     " First , aku pelik la . Kalau orang dalam rumah ni pindah . Mesti dia bawa semua belongings diorang . Then , bilik ni kenapa tidy sangat . Macam ada orang duduk dalam rumah ni . Dan sekarang kita mesti cari Dafi dengan Jeff . Aku rasa diorang dalam bahaya , " Zack memandang Lan dari cermin .
       Mereka terdiam sebentar . Tidak percaya bahawa ada orang lain bersama mereka selain mereka berempat .
     " Betul la Zack . Aku pun rasa lain macam la dengan rumah ni . Jom kita cari kat bawah , " Lan mengambil kamera video di atas katil .
       Mereka menuruni tangga dengan berhati-hati . Lan mengambil beg Outdoor miliknya di atas kerusi . Barang-barang yang dijumpai diletakkan di dalam beg . Zack memanggil nama Lan dari arah pintu utama .
     " Aku rasa diorang dah keluar la . Pintu ni dah terbuka ke tadi ? , " Lan menghampiri Zack sambil membetulkan kedudukan beg di belakangnya .
     " Aku tak perasan la Zack . Jom la kita cari sekitar kawasan rumah ni , " Zack dan Lan masing-masing memegang kamera video .
       Mereka berdua berdiri di hadapan rumah agam tersebut . Keadaan sungguh gelap pada waktu itu . Bulan tidak kelihatan di langit . Lan menyuluh keadaan sekitar rumah tersebut . Tiada bayangan Jeff mahupun Dafi . Lan mengajak Zack mencari di sekitar garaj . Mana tahu mereka berada di situ . Kini hanya cahaya lampu menjadi panduan mereka .
       Pintu garaj terbuka luas . Zack dan Lan memasuki garaj tersebut . Terdapat beberapa alatan membaiki kereta di atas tanah . Ruang garaj sangat besar hingga boleh memuatkan kira-kira dua buah kereta di dalamnya . Tiba-tiba Zack terdengar suara seseorang sedang memanggil namanya . Zack mencari punca suara tersebut . Apabila Zack menyuluh di penjuru garaj tersebut . Ada seorang wanita berambut panjang sedang tunduk ke lantai . Wanita tersebut berkata " Pulangkan rantai itu Zack...pulangkan... , " Wanita tersebut mengilai sebelum menghilangkan diri .
       Lan yang pelik dengan keadaan Zack segera menghampiri . Zack berada dalam katakutan . Peluh membasahi badannya . Zack sedang memegang seutas rantai sambil terketar-ketar . Lan hanya memandang Zack dan cuba menenangkannya .

Sunday 5 June 2011

Bab 5 - Project Location

       Dafi sedang memicit-micit kepalanya yang masih sakit . Jeff menyuluh sekeliling ruang tamu . Dafi terperasan ada kelibat orang sedang memandang ke arahnya . Dafi memegang tangan Jeff ketika dia hendak bergerak . 
     " Kenapa Fi ? Kau ok ke ? , " Jeff duduk di sebelah Dafi . 
     " Aku nampak ada orang la dekat situ , " Dafi mengangkat jari telunjuknya ke arah bilik di hadapan mereka . 
     " Kau biar betul Fi . Biar aku tengok sekejap , " Jeff bergerak ke arah bilik tersebut . 
       Jeff bangun dari tempat duduknya . Lampu disuluh ke dalam bilik . Dafi menggagahkan diri untuk bangun dan melihat sendiri apakah benar ada orang dalam bilik itu . Merka berdua bergerak perlahan-lahan menghampiri bilik tersebut . Dalam kesamaran malam , Dafi lihat ada seorang wanita melihat ke arahnya . 
     " Jeff ! Aku nampak dia kat situ tadi , " Dafi menunjuk ke arah sesuatu sudut . Dafi ingin memasuki bilik tersebut tetapi dihalang oleh Jeff . 
     " Kau stay sini . Aku pergi tengok , " Jeff melangkah ke dalam bilik tersebut . Lampu disuluh mencari wanita yang dimaksudkan . 
       Dafi memerhatikan sahaja gerak geri Jeff dari luar bilik . Jeff menyuluh sekitar bilik tersebut namun kelibat wanita yang dimaksudkan tidak ditemui . Tiba-tiba , Jeff terdengar sesuatu datang dari bawah katil . Jeff merendahkan badan perlahan-lahan sambil menyuluh ke bawah katil . Namun tiada apa-apa . 
     " Tak ada la Fi . Semua clear . Mana ade orang Fi , " Apabila Jeff berpaling ke arah muka pintu . Dafi sudah tiada .
     " Dafi ? Kau pergi mana ? , " Jeff mula risau . 
       Ketika dia hendak keluar dari bilik tersebut . Jeff terperasan ada sesuatu dia atas katil . Bukan manusia . Jeff menoleh namun tiada apa-apa di atas katil . Jeff mencari Dafi di sekitar ruang tamu . Pintu besar rumah agam terbuka luas . Jeff yakin bahawa Dafi telah keluar melalui tersebut . Jeff keluar rumah dengan segera . Dia melihat Dafi bergerak menuju ke belakang rumah kaca , tempat bunga-bunga disimpan . Jeff memanggil nam Dafi tetapi tiada jawapan . Jeff bergerak ke belakang rumah kaca . 
       Dafi berhenti di hadapan garaj . Jeff keluar daripada rumah dan terus bergerak ke belakang rumah kaca . Dafi cuba memanggil nama Jeff tetapi tidak berjaya . Dafi pengsan di hadapan garaj . 

Saturday 4 June 2011

Bab 4 - Project Location

   Dafi tersedar daripada khayalan . Segalanya sungguh mengelirukan . Jeff yang risau dengan keadaan Dafi segera mambawa Dafi ke ruang tamu . Lan dan Zack baru selesai melakukan rakaman . 
     " Kau ok fi ? . Letak dia kat sofa tu Jeff , " Lan membantu Jeff meletakkan Dafi pada sofa . 
     " Aku ok . Korang tak perlu worried pasal aku , " Dafi menyandarkan badan pada sofa . 
       Tiba-tiba semua lampu di dalam rumah terpadam . Lan menghidupkan lampu picitnya . Lan mengajak Zack menemannya ke bilik bawah tanah . Zack mengekori Lan daripada belakang . 
       Lampu disuluh ke bawah setelah pintu ke bilik bawah tanah dibuka . Lan dan Zack turun perlahan-lahan kerana ruang terlalu kecil . Bilik bawah tanah tersebut gelap gelita . Tiada cahaya yang dapat memasuki bilik tersebut . Mereka berdua bergerak seiring mencari peti suis utama . 
       Peti suis utama diperhatikan . Lan membuka peti tersebut sambil diperhatikan oleh Zack . Mereka berdua menyuluh peti suis utama . Lan cuba menolak suis ke atas tetapi tidak berjaya . 
     " Lan...boleh atau tak ? , " Jeff merenung ke arah Lan . 
     " Tak boleh la . Tadi boleh...tapi sekarang ...entahlah , " Lan masih cuba menolak suis tersebut ke atas . 
     " Aku rasa wayar rosak la . Tapi aku tengok elok je , " Zack menyuluh peti tersebut . 
     " Aku pun rasa macam tu , " Lan mengajak Zack beredar dari situ . 
       Zack menyuluh sekitar bilik bawah tanah tersebut . Lan sudah bergerak meninggalkan Zack . Langkah Zack terhenti apabila terasa ada sesuatu di belakangnya . Seluruh badan Zack menggigil . Seorang wanita berbaju putih betul-betul berada di belakang Zack . Seluruh wajah ditutupi dengan rambut . Wanita tersebut ingin menyentuh Zack . Zack memandang ke belakang sambil menyuluh sekitar bilik . Tiada apa-apa . Wanita berbaju putih itu sudah hilang . 
     " Zack ! . Naik sekarang , " Lan memanggil dari muka pintu bilik bawah tanah . 
       Zack muncul tidak lama kemudian sambil membelek seutas rantai . Lan menutup pintu . Zack terus bergerak ke ruang tamu namun Jeff dan Dafi sudah tiada . Lan muncul dari arah belakang . Zack memanggil-manggil nama Dafi dan Jeff berulang-ulang kali tetapi tiada respon . Lan mengambil kamera video dan mula merakam . 
     " Zack . Kau pergi ambil lagi satu kamera video dalam beg tu...dengan bateri , " Lan menunjukkan beg tersebut .  
     " Kita nak record ea ? . Ok , " Zack menghidupkan kamera video . Sempurna . 
       Kini mereka berdua bergerak mencari Dafi dan Jeff . Setiap pergerakan dirakam oleh kamera video . Lan dan Zack bergerak ke tingkat atas . 
       Mereka bergerak berasingan . Lan memeriksa bilik tidur manakala Zack memeriksa bilik utama . Terdapat banyak gambar-gambar di dinding bilik . Kebanyakannya , foto seorang budak perempuan berusia lingkungan 17 tahun . Sungguh cantik .  Ketika Lan sedang memeriksa gambar-gambar tersebut , Lan terlanggar sesuatu di lantai . Cahaya lampu difokuskan ke lantai . Sebuah diari kecil yang sudah berhabuk . Mungkin kepunyaan budak perempuan tersebut . 
       Lan duduk di tepi katil sambil memegang diari tersebut . Buku dibuka perlahan-lahan . Muka surat pertama diselak . Terdapat profile ringkas pemilik diari . 

                                                                                    My Low Profile  


           Nama             - Nur Fatia bte. Harun 
       Tempat lahir - Hospital Kuala Lumpur 
       Tarikh lahir   - 7 Ogos 1987
       Hobi                 - Menulis diari , berangan . . .
       Nama ayah    - Harun b. Ahmad
       Nama ibu       - Siti Fatimah bte. Ali

       Lan menutup diari tersebut . Apabila Lan mengangkat wajahnya . Seorang budak perempuan sedang duduk di sebelahnya . Lan mengambil kamera video di atas meja dan terus beredar dari situ . Budak perempuan tersebut hanya memandang gerak geri Lan . Selepas itu , budak perempuan itu terus ghaib . 


Bab 3 - Project Location

       Lan menyuluh peti suis menggunakan lampu picit . Suis berada dalam keadaan baik . Tiada kesan-kesan gigitan binatang pada wayar . Lan menolak punat suis ke atas perlahan-lahan . Ketika dia hendak beredar . Lan terdengar jeritan yang kuat dari arah atas . Lan segera meninggalkan bilik bawah tanah dan berlari ke tingkat atas . 
       Lampu bilik utama dinyalakan . Cahaya lampu menerangi bilik utama . Dafi , Zack ,dan Jeff berada di tengah-tengah ruang kamar . Mereka bertiga menjerit serentak sejurus lampu dihidupkan . 
     " Aaahhh ! , " Jeff menutup muka dengan tangan . Zack dan Dafi memejamkan mata ketakutan . 
     " Wei...ni aku la , Lan . Kenapa dengan korang ni , " Lan geli hati melihat tingkah laku rakan-rakanya . 
     " Tak ada apa-apa la . Body reaction ., " Zack ketawa kecil . 
     " Lepas ni...korang pergi ambil barang korang kat dalam kereta . Malam ni kita semua tidur dalam bilik ni , " Lan mencadangkan . 
     " Esok pagi kita set up semuanya . Ok , " Mereka semua bergerak menuju ke kereta . Lampu ruang tamu dihidupkan setelah turun dari tingkat atas . 
       Segala peralatan merakam , kamera , dan beg pakaian dikeluarkan dari dalam bonet kereta . Jam menunjukkan pukul 2 pagi . Bunyi cengkerik bersahutan mengitari suasana . Bayu malam menusuk-nusuk tulang . Sejuk sekali . 
       Dafi merupakan orang terakhir yang mengangkat barang . Dia berhenti betul-betul dihadapan rumah agam yang berwarna biru yang telah pudar warnanya . Rumah agam tersebut dipandang oleh Dafi . Sungguh besar . Pada sebelah kanan rumah , terdapat sebuah garaj yang mampu memuatkan dua buah kereta . Pada sebelah kiri pula , sebuah rumah kaca dibina sebagai landskap tanaman untuk tuan rumah suatu ketika dahulu . Dafi berasa sangat kagum dengan jurubina rumah agam itu . Rumah agam yang berwarana biru tersergam indah . 
       Pintu rumah ditutup perlahan . Lan , Zack , dan Jeff sedang berehat di ruang tamu . Dafi meletakkan peralatan setelah melangkah ke dalam rumah . 
     " Lan . Besar juga rumah ni . Dari luar , dah macam istana lama , " Dafi membelek-belek kamera di tangan sambil memandang ke arah Lan . 
     " Kan aku dah cakap . Tempat ni special . Rumah besar . Selesa , " Lan menambah . 
       Zack dan Jeff hanya mendiamkan diri . Dafi menekan punat on pada kameranya . Lan menghidupkan kamera video dan mula merakam . 
     " Zack...kau pegang ni . Aku nak buat introduction untuk research kita , " Lan menghulurkan kamera video kepada Zack . 
     " Kau dah tekan record ea . Ok , " Zack merakam kata-kata Lan . 
       Dafi sibuk mengambil gambar di sekitar bahagian dalam rumah . Ketika dia sedang mencari bahan menarik . Dia terjumpa sebuah gambar besar yang tergantung di dinding rumah . Seperti gambar keluarga . Jeff yang mengekori Dafi dari tadi berasa tertarik dengan gambar tersebut . 
     " Ini keluarga yang tinggal kat rumah ni dulu ? , " Jeff memegang bahu Dafi . 
     " Maybe...tapi sekarang...mereka hidup lagi ke ? , " Dafi memegang gambar tersebut . Tiba-tiba kepala Dafi dipenuhi gambaran keluarga tersebut . 

10 tahun sebelum , awal 2004 .

       Malam itu , rumah agam Encik Harun diterangi dengan cahaya yang gilang-gemilang sempena Hari Ulang Tahun Syarikat Hati kali ke-20 pada tahun itu . Ramai orang kenamaan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut . Ketika mereka semua sedang berseronok . Sekumpulan pembunuh upahan menyelinap di luar kawasan rumah agam Encik Harun . Bunyi muzik dan suara jemputan menutup jejak mereka . 
       Rumah agam Encik Harun telah dikepung oleh kumpulan tersebut . Mereka semua menyasarkan Encik Harun dan keluarganya . Encik Harun dan semua tetamu tidak mengetahui bahawa mereka telah dikepung . Kumpulan tersebut menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan . 
       Encik Harun menyampaikan ucapan penghargaan kepada tetamu yang hadir . Ketika Encik Harun sedang berucap , seorang penembak jarak jauh membidik ke arah sasarannya iaitu Encik Harun . Picu ditekan . Bunyi tembakan tidak kedengaran kerana muncung senapang dipasang dengan silencer . Tiba-tiba Encik Harun rebah ke bumi . Permukaan pentas dipenuhi dengan darah . Jeritan tetamu menyelubungi suasana . Dengan sekelip mata . Mayat bergelimpangan di sekitar kawasan majlis . Ahli keluarga Encik Harun diikat di tengah-tengah ruang tamu . 
       Muncung pistol diacukan di kepala setiap ahli keluarga Encik Harun . Mayat Encik Harun diletakkan pada kerusi . Kini yang tinggal , isteri dan dua orang anak Encik Harun . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Bagi mengelakkan rahsia terbongkar . Pembunuh terpaksa membunuh semua ahli keluarga Encik Harun . Mayat dibiarkan di tengah ruang tamu . Semua pembunuh beredar selepas melaksanakan tugasan mereka . 
       Pada keesokan harinya , polis tiba di tempat kejadian . Semua mangsa mati ditembak . Tiada satu mangsa yang terselamat . Berita tentang kematian CEO Syarikat Hati dan beberapa nama besar dibunuh menjadi berita hangat di Malaysia pada waktu itu . Polis giat meburu pembunuh - pembunuh yang bertindak kejam pada malam itu . Semua ahli keluarga Encik Harun ditembak di kepala . Sungguh tragis .