Saturday 4 June 2011

Bab 2 - Project Location

        Pintu utama dikuak perlahan-lahan . Terasa berdebar -debar hati mereka apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu . Lan mencari suis utama rumah . Kebiasaannya , suis utama rumah agam terletak di basement . Lan menjumpai pintu untuk ke bawah tanah . Lampu picit dihidupkan . Pintu dibuka perlahan-lahan . Terdapat sebuah tangga menghala ke bawah . Lan turun ke bawah perlahan-lahan . Tidak lama kemudian , pintu tersebut tertutup sendiri .
       Jeff dan Dafi pergi ke tingkat atas . Terdapat tiga buah bilik dan dua buah bilik air . Sebuah master bedroom dan dua bilik biasa . Mereka berdua masuk ke dalam bilik utama . Susun atur perabot masih sempurna . Seperti ada penghuni yang masih tinggal di sini . Jeff memeriksa alat solek yang tersusun rapi di atas meja . Setelah berpuas hati , Dafi pergi ke bilik sebelah . Keadaan bilik sungguh bersepah . Barang-barang bertaburan di lantai . Seperti sudah lama ditinggalkan . Dafi berasa hairan . Bilik utama masih dalam keadaan sempurna sedangkan bilik ini sungguh bersepah .  Tiba-tiba Jeff menjerit . 
       Jeff melihat susun atur alat solek yang terletak di atas meja . Semua masih baru . Jeff mula berasa hairan . Tiba-tiba bau wangi menusuk hidung Jeff . Tengkuk Jeff mula meremang . Apabila Jeff melihat ke dalam cermin . Seorang perempuan berbaju lusuh sedang menyeringai ke arah Jeff . Jeff tersentak lalu menjerit .
     " Aaahhh ! , " Jeff menjerit sekuat hati . 
     Dafi yang terdengar jeritan Jeff di bilik sebelah segera mendapatkan Jeff . Setibanya dia di situ . Jeff sedang menutup mukanya dengan tangan . Dafi cuba menenangkan fikiran Jeff . Sementara itu , Lan sedang mencari suis utama rumah itu . Berbekalkan sebiji lampu picit . Lan bergerak perlahan-lahan agar tidak terlanggar apa-apa barang di basement . Ketika Lan sedang menyuluh . Tiba-tiba dia ternampak seorang budak kecil sedang membaling bola ke dinding . Betul-betul di hadapannya . Terasa kaki Lan bagaikan dipaku pada waktu itu . 
     Zack bergerak seorang diri menuju ke belakang rumah . Lampu picit dihidupkan . Bunyi sahutan cengkerik  menyelubungi suasana malam . Sebuah Taman Kaca terketak di belakang rumah . Di dalamnya pelbagai jenis spesies bunga di tanam . Baunya sungguh harum menusuk kalbu . Tiba-tiba...Zack terdengar sesuatu bunyi . Zack mencari punca bunyi tersebut . Ketika dia sedang mencari tiba-tiba Zack terdengar jeritan dari dalam rumah . Zack masuk ke dalam rumah kembali . Berlari ke atas untuk mengetahui situasi sebenar . Ketika Zack sedang naik ke atas , dia perasan ada seseorang sedang memerhatikan tingkah lakunya . Yang pasti itu bukan manusia . Zack cuba membuang perasaan tersebut jauh-jauh . 
       Ketika Zack tiba , Dafi sedang menenangkan Jeff . Jeff dalam keadaan ketakutan . Seluruh badanya menggigil . Zack cuba bertanya kepada Jeff tetapi tiada respon .yang diberikan . 
     " Dafi , kenapa dengan Jeff ni ha ? pelik je aku tengok , " Zack bertanya kepada Dafi . 
     " Entahlah . Bila aku sampai dia dah macam ni , " Dafi menunjukkan kepada Jeff . Zack memerhatikan Jeff  sambil mengosok-gosok kepalanya yang tidak gatal . 
        Lan cuba untuk berdiam diri ketika dia berhadapan dengan makhluk tersebut . Lan memerhatikan keadaan sekeliling . Mencari peti suis utama rumah tersebut . Peti suis tersebut betul-betul berada di hadapan budak kecil tersebut . 
    " Aduh...macam mana main switch tu ada kat situ , " Lan sudah menggaru kepala yang tidak gatal . Entah yang ke berapa kali . 
       Budak kecil tersebut tiba-tiba memandang ke arah Lan . Separuh daripada wajah makhluk tersebut penuh dengan darah yang masih menitis . Lan terasa ingin menjerit tetapi suaranya tersekat di kerongkong . Makhluk tersebut terus terbang menembusi badan Lan . Seluruh urat bagaikan terputus daripada badan . Jantung bagaikan gugur daripada tangkainya . Lan cepat-cepat berlari mendapatkan suis utama .

No comments:

Post a Comment