Saturday 4 June 2011

Bab 3 - Project Location

       Lan menyuluh peti suis menggunakan lampu picit . Suis berada dalam keadaan baik . Tiada kesan-kesan gigitan binatang pada wayar . Lan menolak punat suis ke atas perlahan-lahan . Ketika dia hendak beredar . Lan terdengar jeritan yang kuat dari arah atas . Lan segera meninggalkan bilik bawah tanah dan berlari ke tingkat atas . 
       Lampu bilik utama dinyalakan . Cahaya lampu menerangi bilik utama . Dafi , Zack ,dan Jeff berada di tengah-tengah ruang kamar . Mereka bertiga menjerit serentak sejurus lampu dihidupkan . 
     " Aaahhh ! , " Jeff menutup muka dengan tangan . Zack dan Dafi memejamkan mata ketakutan . 
     " Wei...ni aku la , Lan . Kenapa dengan korang ni , " Lan geli hati melihat tingkah laku rakan-rakanya . 
     " Tak ada apa-apa la . Body reaction ., " Zack ketawa kecil . 
     " Lepas ni...korang pergi ambil barang korang kat dalam kereta . Malam ni kita semua tidur dalam bilik ni , " Lan mencadangkan . 
     " Esok pagi kita set up semuanya . Ok , " Mereka semua bergerak menuju ke kereta . Lampu ruang tamu dihidupkan setelah turun dari tingkat atas . 
       Segala peralatan merakam , kamera , dan beg pakaian dikeluarkan dari dalam bonet kereta . Jam menunjukkan pukul 2 pagi . Bunyi cengkerik bersahutan mengitari suasana . Bayu malam menusuk-nusuk tulang . Sejuk sekali . 
       Dafi merupakan orang terakhir yang mengangkat barang . Dia berhenti betul-betul dihadapan rumah agam yang berwarna biru yang telah pudar warnanya . Rumah agam tersebut dipandang oleh Dafi . Sungguh besar . Pada sebelah kanan rumah , terdapat sebuah garaj yang mampu memuatkan dua buah kereta . Pada sebelah kiri pula , sebuah rumah kaca dibina sebagai landskap tanaman untuk tuan rumah suatu ketika dahulu . Dafi berasa sangat kagum dengan jurubina rumah agam itu . Rumah agam yang berwarana biru tersergam indah . 
       Pintu rumah ditutup perlahan . Lan , Zack , dan Jeff sedang berehat di ruang tamu . Dafi meletakkan peralatan setelah melangkah ke dalam rumah . 
     " Lan . Besar juga rumah ni . Dari luar , dah macam istana lama , " Dafi membelek-belek kamera di tangan sambil memandang ke arah Lan . 
     " Kan aku dah cakap . Tempat ni special . Rumah besar . Selesa , " Lan menambah . 
       Zack dan Jeff hanya mendiamkan diri . Dafi menekan punat on pada kameranya . Lan menghidupkan kamera video dan mula merakam . 
     " Zack...kau pegang ni . Aku nak buat introduction untuk research kita , " Lan menghulurkan kamera video kepada Zack . 
     " Kau dah tekan record ea . Ok , " Zack merakam kata-kata Lan . 
       Dafi sibuk mengambil gambar di sekitar bahagian dalam rumah . Ketika dia sedang mencari bahan menarik . Dia terjumpa sebuah gambar besar yang tergantung di dinding rumah . Seperti gambar keluarga . Jeff yang mengekori Dafi dari tadi berasa tertarik dengan gambar tersebut . 
     " Ini keluarga yang tinggal kat rumah ni dulu ? , " Jeff memegang bahu Dafi . 
     " Maybe...tapi sekarang...mereka hidup lagi ke ? , " Dafi memegang gambar tersebut . Tiba-tiba kepala Dafi dipenuhi gambaran keluarga tersebut . 

10 tahun sebelum , awal 2004 .

       Malam itu , rumah agam Encik Harun diterangi dengan cahaya yang gilang-gemilang sempena Hari Ulang Tahun Syarikat Hati kali ke-20 pada tahun itu . Ramai orang kenamaan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut . Ketika mereka semua sedang berseronok . Sekumpulan pembunuh upahan menyelinap di luar kawasan rumah agam Encik Harun . Bunyi muzik dan suara jemputan menutup jejak mereka . 
       Rumah agam Encik Harun telah dikepung oleh kumpulan tersebut . Mereka semua menyasarkan Encik Harun dan keluarganya . Encik Harun dan semua tetamu tidak mengetahui bahawa mereka telah dikepung . Kumpulan tersebut menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan . 
       Encik Harun menyampaikan ucapan penghargaan kepada tetamu yang hadir . Ketika Encik Harun sedang berucap , seorang penembak jarak jauh membidik ke arah sasarannya iaitu Encik Harun . Picu ditekan . Bunyi tembakan tidak kedengaran kerana muncung senapang dipasang dengan silencer . Tiba-tiba Encik Harun rebah ke bumi . Permukaan pentas dipenuhi dengan darah . Jeritan tetamu menyelubungi suasana . Dengan sekelip mata . Mayat bergelimpangan di sekitar kawasan majlis . Ahli keluarga Encik Harun diikat di tengah-tengah ruang tamu . 
       Muncung pistol diacukan di kepala setiap ahli keluarga Encik Harun . Mayat Encik Harun diletakkan pada kerusi . Kini yang tinggal , isteri dan dua orang anak Encik Harun . Seorang lelaki dan seorang perempuan . Bagi mengelakkan rahsia terbongkar . Pembunuh terpaksa membunuh semua ahli keluarga Encik Harun . Mayat dibiarkan di tengah ruang tamu . Semua pembunuh beredar selepas melaksanakan tugasan mereka . 
       Pada keesokan harinya , polis tiba di tempat kejadian . Semua mangsa mati ditembak . Tiada satu mangsa yang terselamat . Berita tentang kematian CEO Syarikat Hati dan beberapa nama besar dibunuh menjadi berita hangat di Malaysia pada waktu itu . Polis giat meburu pembunuh - pembunuh yang bertindak kejam pada malam itu . Semua ahli keluarga Encik Harun ditembak di kepala . Sungguh tragis . 
       

No comments:

Post a Comment