Saturday, 4 June 2011

Bab 2 - Project Location

        Pintu utama dikuak perlahan-lahan . Terasa berdebar -debar hati mereka apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu . Lan mencari suis utama rumah . Kebiasaannya , suis utama rumah agam terletak di basement . Lan menjumpai pintu untuk ke bawah tanah . Lampu picit dihidupkan . Pintu dibuka perlahan-lahan . Terdapat sebuah tangga menghala ke bawah . Lan turun ke bawah perlahan-lahan . Tidak lama kemudian , pintu tersebut tertutup sendiri .
       Jeff dan Dafi pergi ke tingkat atas . Terdapat tiga buah bilik dan dua buah bilik air . Sebuah master bedroom dan dua bilik biasa . Mereka berdua masuk ke dalam bilik utama . Susun atur perabot masih sempurna . Seperti ada penghuni yang masih tinggal di sini . Jeff memeriksa alat solek yang tersusun rapi di atas meja . Setelah berpuas hati , Dafi pergi ke bilik sebelah . Keadaan bilik sungguh bersepah . Barang-barang bertaburan di lantai . Seperti sudah lama ditinggalkan . Dafi berasa hairan . Bilik utama masih dalam keadaan sempurna sedangkan bilik ini sungguh bersepah .  Tiba-tiba Jeff menjerit . 
       Jeff melihat susun atur alat solek yang terletak di atas meja . Semua masih baru . Jeff mula berasa hairan . Tiba-tiba bau wangi menusuk hidung Jeff . Tengkuk Jeff mula meremang . Apabila Jeff melihat ke dalam cermin . Seorang perempuan berbaju lusuh sedang menyeringai ke arah Jeff . Jeff tersentak lalu menjerit .
     " Aaahhh ! , " Jeff menjerit sekuat hati . 
     Dafi yang terdengar jeritan Jeff di bilik sebelah segera mendapatkan Jeff . Setibanya dia di situ . Jeff sedang menutup mukanya dengan tangan . Dafi cuba menenangkan fikiran Jeff . Sementara itu , Lan sedang mencari suis utama rumah itu . Berbekalkan sebiji lampu picit . Lan bergerak perlahan-lahan agar tidak terlanggar apa-apa barang di basement . Ketika Lan sedang menyuluh . Tiba-tiba dia ternampak seorang budak kecil sedang membaling bola ke dinding . Betul-betul di hadapannya . Terasa kaki Lan bagaikan dipaku pada waktu itu . 
     Zack bergerak seorang diri menuju ke belakang rumah . Lampu picit dihidupkan . Bunyi sahutan cengkerik  menyelubungi suasana malam . Sebuah Taman Kaca terketak di belakang rumah . Di dalamnya pelbagai jenis spesies bunga di tanam . Baunya sungguh harum menusuk kalbu . Tiba-tiba...Zack terdengar sesuatu bunyi . Zack mencari punca bunyi tersebut . Ketika dia sedang mencari tiba-tiba Zack terdengar jeritan dari dalam rumah . Zack masuk ke dalam rumah kembali . Berlari ke atas untuk mengetahui situasi sebenar . Ketika Zack sedang naik ke atas , dia perasan ada seseorang sedang memerhatikan tingkah lakunya . Yang pasti itu bukan manusia . Zack cuba membuang perasaan tersebut jauh-jauh . 
       Ketika Zack tiba , Dafi sedang menenangkan Jeff . Jeff dalam keadaan ketakutan . Seluruh badanya menggigil . Zack cuba bertanya kepada Jeff tetapi tiada respon .yang diberikan . 
     " Dafi , kenapa dengan Jeff ni ha ? pelik je aku tengok , " Zack bertanya kepada Dafi . 
     " Entahlah . Bila aku sampai dia dah macam ni , " Dafi menunjukkan kepada Jeff . Zack memerhatikan Jeff  sambil mengosok-gosok kepalanya yang tidak gatal . 
        Lan cuba untuk berdiam diri ketika dia berhadapan dengan makhluk tersebut . Lan memerhatikan keadaan sekeliling . Mencari peti suis utama rumah tersebut . Peti suis tersebut betul-betul berada di hadapan budak kecil tersebut . 
    " Aduh...macam mana main switch tu ada kat situ , " Lan sudah menggaru kepala yang tidak gatal . Entah yang ke berapa kali . 
       Budak kecil tersebut tiba-tiba memandang ke arah Lan . Separuh daripada wajah makhluk tersebut penuh dengan darah yang masih menitis . Lan terasa ingin menjerit tetapi suaranya tersekat di kerongkong . Makhluk tersebut terus terbang menembusi badan Lan . Seluruh urat bagaikan terputus daripada badan . Jantung bagaikan gugur daripada tangkainya . Lan cepat-cepat berlari mendapatkan suis utama .

Bab 1 - Project Location

    Cuti semester telah bermula . Semua pelajar berhajat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing . Namun ada juga yang menggunakan waktu ini sebagai medium untuk mereka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan . Dalam masa itu , Dafi , Jeff , Lan  , dan Zack ditugaskan melakukan kajian tentang aktiviti paranormal yang berlaku di Malaysia . 
       Selepas makan tengah hari , mereka bergerak ke tempat yang dimaksudkan . Mereka pergi ke sana dengan menaiki kereta Lan . Antara mereka berempat , hanya Lan sahaja yang mempunyai kereta . Lan juga yang mencadangkan lokasi untuk kajian mereka . Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam .
     " Wei...aku nak ingatkan sikit . Sepanjang kita semua dekat sana . Aku harap korang jaga mulut sikit . Tempat yang kita nak pergi ni berhantu... , " pesan Lan . 
     " Berhantu . Biasalah . Nama pun aktiviti paranormal , Lan ," Jeff tidak mengendahkan nasihat Lan . Zack dan Dafi mengiakan kata-kata Jeff dengan anggukan . 
     " Yela Lan...special sangat ke tempat tu...sampai kau pilih jadi location project kita ? , " Dafi bertanya kepada Lan . 
     " Mestilah special...nanti kau tengoklah sendiri , " jawab Lan .
       Langit mula melabuhkan tirainya . Hari sudah malam . Kini tinggal kereta mereka sahaja yang melalui susur tersebut . Hendak berjumpa dengan sebuah kereta pun susah . Inikan pula sebuah rumah .
     " Lan...betul ke jalan ni ? lain macam je aku tengok . Dah la gelap . Tak ada lampu pula tu . Apa punya tempat la ko cari nie , " tiba-tiba Dafi bersuara , Zack dan Jeff sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang .
     " Betullah...aku pernah pergi tempat ni dulu .Relaksah fi...Kejap lagi sampai la..., " Lan masih fokus dengan pemanduannya di jalan raya . Dafi memandang Lan . 
     " Banyaklah kau . Satu rumah pun aku tak nampak . Bila kau pergi tempat yang kita nak buat projek tu ? " Dafi yang duduk di kerusi sebelah membuang pandang ke jalan raya .
     " Dulu...aku pun ingat-ingat lupa...tapi yang pasti . Sekejap lagi ada simpang kat depan sana . Tak lama lepas tu , sampailah... ." Lan mebuat isyarat dengan menunjuk ke hadapan . Dafi menyandarkan badan pada kerusi . 
       Lebih kurang 40 minit meredah malam . Barulah mereka dapat melihat cahaya daripada rumah di tepi jalan . Dengan keadaan sekeliling yang dikelilingi hutan dan pokok getah . Jarak antara rumah yang pertama dengan rumah yang kedua lebih kurang 3 kilometer . Tiba-tiba...
     " Ya Allah ! , " Lan menekan brek dengan mengejut . Zack dan Jeff terbangun daripada tidur . Lan dan Dafi bagaikan tidak percaya terhadap apa yang mereka saksikan sebentar tadi . 
     " Lan ! Apahal kau brek ni ! , " Zack tiba-tiba naik angin . Jeff di sebelah sedang menggosok-gosok kepala kerana terhantuk . 
     " Shhh...cuba kau tengok depan tu  , " Dafi menunjuk ke hadapan . 
       Semua memandang ke hadapan dengan perasaan takut . Takut kerana di hadapan mereka adalah sekujur tubuh yang kaku . Mereka bagaikan terpaku melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas jalan . 
     " Kau rasa...tu orang ke hantu... , " Dafi membuat andaian . 
     " Wei...agak-agak la mulut kau . Tak pasal-pasal nanti ada yang makan free malam ni , " Zack mengangkat penumbuknya . Lan dan Jeff cuba mengawal keadaan agar tidak berlaku pergaduhan .
       Apabila mereka melihat ke hadapan . Jasad tersebut sudah hilang . Mereka menjadi hairan dengan situasi tersebut . Perasaan takut kini menyelubungi diri . Lan terus meninggalkan tempat tersebut dengan segera . Jam di dashboard kereta menunjukkan tepat pukul 9 malam . Kalau ikutkan hati , hendak sahaja mereka berpatah balik dan melupakan paranormal project ini tetapi memikirkan ini tugasan untuk mereka . Terpaksa juga mereka menyiapkannya . 
       Lan memperlahankan kereta selepas terlihat sebuah simpang tiga kira-kira 200 meter di hadapan . Kereta diberhentikan berhadapan dengan signboard yang pudar tulisannya . 
     " Fi...cuba kau pergi tengok ape yang tertulis kat signboard tu . Cepatlah , " Lan mengarahkan Dafi untuk melihat papan tanda tersebut . 
       Dafi hanya menurut kata Lan dan segera turun dari kereta . Tidak lama kemudian , Dafi masuk kembali ke dalam kereta dengan riak muka yang pelik . 
     " Lan...ada tak orang kat bawah lampu tu , " Lan melihat ke arah lampu yang dimaksudkan oleh Dafi . Zack dan Jeff melihat ke arah lampu itu juga .
     " Mana ade apa-apa fi...clear je bawah lampu tu , " Jeff bersuara . 
     " Signboard tulis apa ? hurm... , " Lan bertanya kepada Dafi . Zack dan Jeff mendiamkan diri di belakang . 
     " Kampung Seri Wangi , " Dafi menjawab persoalan Lan . Zack dan Jeff mengerutkan dahi mendengar nama kampung tersebut . 
     " Kita dah sampai . Tu lah simpang nak pergi location project kita , " Lan belok ke kiri setelah mengenal pasti jalan yang dilalui . 
       Keadaan masih seperti biasa . Dikelilingi hutan dan jalan raya yang tidak berlampu . Gelap gelita . Hanya lampu kereta yang menyuluh jalan raya . Perjalanan mengambil masa 20 minit untuk tiba di lokasi tersebut . Akhirnya mereka tiba juga di tempat kajian yang dimaksudkan . Mereka semua turun dari kereta setelah tiba di situ . 
     " Kau biar betul Lan . Sebuah saja rumah kat tengah-tengah hutan ni ? , " Jeff bersuara . Dafi dan Zack tergamam melihat rumah agam yang berdiri kukuh di kawasan tersebut . 
     " Jom kita usha dalam . Tengok tempat tinggal kita untuk beberapa hari , " Lan mengajak Dafi , Zack , dan Jeff masuk ke dalam . Sementara itu mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan .